فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ" : Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman [55] )

Pusat Ternakan : Lot 389, Dusun Durian, Kampung Belau Merbok, 08400 Merbok, Kedah.




Friday 21 August 2015

GULAI PEKAT DAGING KAMBING...

rsz_gulai_pekat_kamben1
Gulai pekat daging kambing che mat gabungkan rempah kari dan rempah kurma, serta beberapa bahan lain. Gulai ini memang pekat dan jika anda suka cair, boleh tambah air, tapi idok leer jadi nama gulai pekat yea dak. Che mat masukkan kentang dan tomato, kalau anda ada lobak merah pun bess juga dimasukkan sekali. Che mat masak gunakan periuk tekanan, dan ini hanya memakan masa kurang lebih 20 minit sahaja. Satu tips kalau anda masak guna periuk tekanan, kentang kena letak akhir setelah daging empuk. Dan untuk mengelakkan daging terlebih empuk sementara menunggu kentang lembut, anda boleh masak kentang dengan kuah gulai, daging diasingkan dahulu. Bila kentang lembut, baru anda masukkan daging. Masak sekejap, sesuaikan rasa dan settle dah...Boleh hidangkan. Kalau ada nasi minyak atau nasi beriani...perghh...meletop ai tell you!!!...ehemmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram daging kambing dipotong kiub*
1 camca besar tepung gandum*
1 biji limau nipis, perah jusnya*(*digaul rata dan perap 20 minit, cuci bersih dan toskan)
4 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
2 biji tomato, belah 4 setiap 1
1 keping asam gelugor saiz kecil
2 camca besar cili kisar
4 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 camca besar rempah kurma (baba's)
150 ml pati santan (che mat guna santan kotak)
1 camca besar penuh kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kari dan rempah kurma, kacau rata hingga menjadi pes. Tambah sedikit air jika perlu. Kemudian, ceduk 2 camca besar pes rempah tadi dan gaul dengan daging kambing yang telah dicuci dan ditoskan. Perap sekejap.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum dan bawang keperangan. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah pes rampah, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu..
  3. Masukkan daging kambing. Gaul rata dan masak hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, biar menggelegak, kemudian perlahankan api dan masak hingga daging 3/4 empuk. Masukkan kerisik, asam gelugor dan kentang(toskan). Kacu rata.
  4. Bila kentang empuk, tuang santan dan masukkan gula melaka. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api kecil hingga mendidih. Kacau selalu. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap

No comments:

Post a Comment