فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ" : Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman [55] )

Pusat Ternakan : Lot 389, Dusun Durian, Kampung Belau Merbok, 08400 Merbok, Kedah.




Friday 20 November 2015

Ibadah Aqiqah



PENGENALAN AQIQAH
Pengertian Aqiqah dari segi bahasa:
Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.
Antara definisi lain;
Aqiqah menurut bahasa ertinya `memotong’ . Pada asalnya ialah rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan dengan aqiqah kerana ianya harus dipotong ( dicukur ).
Menurut Istilah pula aqiqah ialah Haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu.
Pengertian Aqiqah Menurut Syara`:
Menurut istilah hukum syara’, aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”
Antara pengertian lain;
Aqiqah dalam pengertian syara` ialah binatang ternakan yang berkaki empat (bahimatul an`am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.
Dalam bahasa Arab, kata bahimatul an’aam (binatang ternakan) adalah termasuk unta, lembu, kerbau,biri-biri,kibas dan kambing, bukan yang lain. [Al Jabari, 1994]
SEJARAH ASAL-USUL IBADAH AQIQAH
Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa ” Pada zaman Jahiliyyah, apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu”.Menurut riwayat Ibnu Sakan pula ” Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu.
Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda saw menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.
HUKUM AQIQAH
Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad saw ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hassan dan Hussain alaihimassalam. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam, lalu Baginda saw bersabda yang maksudnya :
“Allah tidak menyukai kederhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing.”
[HR. Abu Daud]
Maksud hadis daripada perkataan (“suka atau ingin” menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan barulah ianya dipanggil aqiqah wajib.
Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” [HR. Tirmizi]
“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi]
Rasulullah s.a.w. bersabda : ” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” [HR. Riwayat Tirmizi]
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.
JENIS HAIWAN DAN KADAR AQIQAH
Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.
1. Kambing, biri-biri dan kibas – melebihi satu tahun
2. Lembu dan Kerbau- melebihi dua tahun
3. Unta- melebihi lima tahun
Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak(Bahimatul An’aam)-yang mempunyai empat kaki- dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.
Menurut Imam Malik,Asy-Syafi’e,Ahmad dan jumhur ulama’ , bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki(Bahimatul An-`aam) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dan kibas (sama seperti ibadah korban). Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;
1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.
Manakala,rusa, kijang dan kancil tidak termasuk dalam kategori Bahimatul An’aam.Maka ketiga-tiga haiwan tersebut(rusa,kijang dan kancil) tidak dibolehkan untuk dijadikan sebagai haiwan aqiqah.
Yang lebih utama(Afdhal) untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah 2 ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, kerana ada hadis riwayat Aisyah yang maksudnya:
“Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”
Perlaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan baik untuk anak lelaki mahupun anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bemaksud;
” Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” [HR. Ahmad & Tirmizi].
Rasulullah bersabda; ” Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.” [HR. Ibnu Abi Syaiban].
Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara;
Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama syariatkan supaya dilaksanakan aqiqah.
Kedua; perbezaan bahawa anak lelaki dengan 2 ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing.
Walaubagaimanapun,anak lelaki sebaik-baiknya(afdhal) diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing,manakala anak perempuan pula seekor kambing. Akan tetapi seekor kambing sudah memadai bagi tujuan menunaikan tuntutan ibadah aqiqah tersebut, ini kerana Rasulullah s.a.w. sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor kambing sahaja.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan; ” Bahawa Rasulullah s.a.w telah mengaqiqah Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” [HR. Abu Daud].
Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah s.a.w telah membuat aqiqah Hasan dan Husin, masing-masing seekor kibas.
Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.
Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).
Dalam menentukan waktu yang terbaik untuk seseorang itu melaksanakan aqiqah, kita perhatikan pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal yang menyatakan bahawa penyembelihan aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh, jika tidak dapat maka pada hari keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu. Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan boleh dilakukan pada hari-hari lain yang memungkinkannya melaksanakan aqiqah tersebut.
Rasulullah s.a.w bersabda; ” Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi].
Apabila anak sudah dewasa, maka sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya.
Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah dirinya sendiri.

Aqiqah Untuk Anak Lelaki, Satu atau Dua Ekor Kambing?

 


Diasuh oleh:
KH A Cholil Ridwan, Lc
Ketua MUI Pusat, Pengasuh PP Husnayain-Jakarta Timur
Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh. Ustad, kalau anak laki-laki berapa jumlah kambingnya? karena di fikih sunnah Rasulullah mengaqiqohi cucunya satu., yang benar satu atau dua?
Abu Izzah-Surabaya


Jawaban:

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh
Afdholnya, anak laki-laki diaqiqohi dengan dua ekor kambing. Hal ini didasarkan pada hadis yang diriwayatkan At-Tirmidzi berikut  ini;

Dari Siba' bin Tsabit bahwa Muhammad bin Tsabit bin Siba' mengabarkan kepadanya bahwa Ummu Kurz mengabarkan kepadanya, bahwa ia pernah bertanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentang aqiqoh. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu menjawab: "Dua ekor kambing untuk anak laki-laki dan satu ekor untuk anak perempuan. Dan tidak ada masalah bagi kalian apakah kambing tersebut jantan atau betina."
(H.R. At-Tirmidzi)
Lafadz lain riwayat At-Tirmidzi berbunyi;

Dari Yusuf bin Mahak Bahwasanya mereka pernah masuk menemui Hafshah binti 'Abdurrahman, mereka bertanya kepadanya tentang hukum aqiqoh. Lalu Hafshah mengabarkan bahwa 'Aisyah pernah memberitahunya, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan para sahabat untuk menyembelih dua ekor kambing yang setara untuk anak laki-laki dan satu ekor untuk anak perempuan." (H.R. At-Tirmidzi)

Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang semakna sebagai berikut;

Dari 'Amr bin Syu'aib dari ayahnya, aku diberitahu dari kakeknya, ia berkata; Rasulullah Saw ditanya mengenai aqiqah, kemudian beliau berkata: "Allah tidak menyukai tindakkan durhaka."Sepertinya beliau tidak menyukai nama tersebut. Dan beliau berkata: "Barangsiapa yang anaknya telah dilahirkan dan ia ingin menyembelih untuknya maka hendaknya ia menyembelih untuk anak laki-laki dua ekor kambing yang setara dan untuk anak wanita satu ekor kambing." (H.R. Abu Dawud)

Semua riwayat-riwayat di atas menunjukkan bahwa sunnahnya yang paling afdhol anak laki-laki diaqiqohi dengan menyembelih dua ekor kambing. Adapun jika ternyata harta tidak mencukupi untuk membeli dua kambing, sehingga yang sanggup hanyalah membeli satu kambing, maka mengaqiqohi bayi lelaki dengan satu kambing tidak mengapa dan sudah sah. Dalil yang menunjukkan keabsahan mengaqiqohi anak lelaki dengan satu kambing adalah hadis berikut;

Dari Muhammad bin Sirin berkata, telah menceritakan kepada kami Salman bin Amir Adl Dlabbi ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: "Pada anak lelaki ada 'aqiqoh, maka potongkanlah hewan sebagai aqiqoh dan buanglah kotoran  darinya." (H.R. Bukhari)

Lafadz aqiqoh dalam hadis di atas, sungguhpun bisa difahami sebagai isim jenis, namun karena dalam riwayat yang lain ada lafadz yang berbunyi 'Aqiqotain (dua aqiqoh), maka sebagian ulama ada yang memahami riwayat di atas sebagai dalil bahwa bayi lelaki boleh diaqiqohi dengan satu kambing.

Dalil yang lain yang lebih lugas adalah hadis riwayat Abu Dawud berikut ini;

Abdullah bin Buraidah berkata; saya mendengar ayahku yaitu Buraidah berkata; dahulu kami pada masa jahiliyah apabila salah seorang diantara kami terlahirkan anak laki-lakinya maka ia menyembelih seekor kambing dan melumuri kepalanya dengan darahnya. Kemudian tatkala Allah datang membawa Islam maka kami menyembelih seekor kambing dan mencukur rambutnya serta melumurinya dengan za'faran. (H.R. Abu Dawud)

Lafadz "kami menyembelih seekor kambing" menunjukkan bahwa yang disembelih sebagai aqiqoh untuk anak lelaki adalah satu kambing, dan itu sudah mencukupi karena dipraktekkan oleh para Shahabat.

Rasulullah Saw sendiri diriwayatkan pernah mengaqiqohi  Al-Hasan dan Al-Husain masing-masing dengan satu domba jantan. Perbuatan Rasulullah ini juga menguatkan bahwa anak-laki-laki boleh diaqiqohi dengan satu kambing  dan itu sudah cukup. Abu Dawud meriwayatkan;

Dari Ibnu Abbas, bahwa Nabi Saw menyembelih aqiqah untuk Al Hasan dan Al Husain satu domba, satu domba. (H.R. Abu Dawud)

Imam Malik malah berpendapat mengaqiqohi bayi laki-laki dan wanita sunnahnya tidak dibedakan, yakni satu kambing berdasarkan hadis aqiqoh Rasulullah Saw terhadap Al-Hasan dan Al-Husain ini. Namun Jumhur ulama' melemahkan pendapat ini, berdasarkan hadis-hadis shahih yang menjelaskan bahwa aqiqoh laki-laki afdholnya dengan dua kambing. Ibnu Hajar juga menyebut lafadz lain dari hadis yang menerangkan aqiqoh Rasulullah Saw terhadap Al-Hasan dan Al-Husain yang menerangkan bahwa beliau mengaqiqohi dengan dua kambing, bukan satu kambing.

Atas dasar ini, mengaqiqohi bayi lelaki afdholnya adalah dengan dua ekor kambing. Jika mengaqiqohi dengan satu kambing, maka tetap sah meskipun di bawah afdhol. Wallahua'lam. 

Wednesday 11 November 2015

hadiri kursus ternakan kambing ...

kursus tahap 1 : pengurusan ternakan kambing

di kg changkat baru, malim nawar, perak

ketibaan peserta untuk pendaftaran

seawall 7.00 pagi telah sampai

kambing kampung kacuk ...

wajah kambing kampong kacuk jamnapari

sihat dan kuat

Tips memilih bibit kambing untuk Indukan

 

Tujuan utama bertenak kambing adalah untuk menghasilkan daging dan susu, meskipun dari ternak kambing dapat pula dihasilkan bulu, kulit, dan hasil lainnya. Untuk mencapai tujuan tersebut diperlukan pengolaan ternak secara baik, seperti memilih bibit kambing untuk indukan.
Ternak kambing dalam pemeliharaannya akan melakukan perkembiakan. Agar perkembiakan dapat berlangsung sukses dan menghasillkan anakan yang baik. Memilih bibit kambing sabagai calon Indukan yang baik merupakan kunci utama pemeliharaan kambing. Induk kambing betina yang bertubuh besar pada umumnya dapat menghasilkan susu yang lebih banyak.
memilih bibit kambing
Hal pokok yang harus diperhatikan dalam memilih induk betina adalah calon induk harus sehat, tampak bersemangat, aktif bergerak, kepala selalu tegak, mata bercahaya, pertumbuhan bagus, rambut dan bulunya mengilab dan bebas dari cacat tubuh menurun.
Bibit merupakan faktor penting dalam mendukung keberhasilan usaha pengembiakan ternak kambing  secara komersial. Berikut adalah beberapa kriteria calon induk jantan dan betina yang baik dalam melakukan pembibitan kambing.
Syarat Calon Induk Betina
Pemilihan calon induk betina bertujuan agar hasil anakan yang diperoleh memiliki sifat-sifat yang baik. Berikut adalah beberapa persyaratan dalam memilih calon induk.
  • Calon Bibit yang dibeli berasal langsung dari peternak.
  • Ukuran badan besar, tapi terlalu gemuk. Bentuknya kompak, dada dalam dan lebar, garis punggung dan pinggang lurus. Bulu bersih dan mengkilap.
  • Keempat kakinya lurus terlihat kokoh, serta tumit tinggi.
  • Umur lebih dari satu tahun dan telah mengalami berahi sebelum sebelum umur satu tahun.
  • Bentuk dan ukuran alat kelamin normal, ambingnya tidak terlalu menggantung, isinya kenyal, tidak terinfeksi, serta puting susu berjumlah dua dengan ukuran dan posisi simetris.
  • Tidak ada cacat di bagian tubuhnya. Misalnya di telinga, mulut, ekor, atau hidung. Selain itu, mata tidak rabun atau buta yang dapat dicek dengan mendekatkan jari pada mata. Bila tidak ada kedipan, berarti ternak tersebut buta atau rabu.
  • Mempunyai sifat keibuan yang terlihat dari tingkat kejinakkan ternak dan sorot mata yang ramah
  • Bedasarkan buku catatan, pilih domba atau kambing yang lahir kembar, atau kelahiran tunggal yang berasal dari induk muda dan mempunyai pertumbuhan yang baik.
  • Jumlah gigi dipilih yang lengkap dengan rahang atas dan rahang bawah rata. Tujuannya agar induk dapat memamah biak dengan baik
Syarat Calon Induk Jantan
Sebelum mengawinkan, harus dipilih terlebih dahulu calon induk jantan yang baik, seperti dari postur tubuh dan beberapa criteria lainnya. Dengan demikian, anakan yang dilahirkan juga memiliki sifat yang sama dengan induknya. Berikut adalah Kriteria pejantan yang harus diperhatikan.
  • Ukuran badan normal, tubuh panjang, dan besar, bentuk perut normal, dada dalam dan lebar, kaki kokoh, lurus kuat dan terlihat tonjolan tulang yang besar pada kaki, mata tidak rabun atau buta.
  • Pertumbuhannya relatif cepat
  • Gerakannya lincah dan terlihat ganas.
  • Alat kelamin normal dan simetriss serta sering terlihat ereksi.
  • Tidak pernah mengalami penyakit yang serius.
  • Umurnya antar 1,5-5 tahun.
  • Pilih Calon pejantan yang berasal dari dari kelahiran kembar dan berasal dari induk dengan jumlah anak lahir lebih dari dua ekor. Bila berasal dari kelahiran tunggal, pilih pejanntan yang berasal dari induk dengan jumlah anak hanya satu ekor.
Untuk mendukung keberhasilan dalam pemilihan calon bibit, sebaiknya diperlukan buku catatan. Dalam buku catatan tersebut juga dicatat penyakit yang pernah diderita, terutama penyakit kronis.

penginapan ....

rumah untuk pantau kambing

untuk tidur & jaga kambing

BAPAK KAMBING RANDUK ...

sekawan kambing berjalan-jalan


petang dah mula naik kandang
bapak randuk ...

Monday 2 November 2015

petua ubati penyakit kambing

versi Indonesia :

Untuk Kesempatan Kali ini saya akan menShare Cara Mnegobati kambing Sakit Dengan Cara Tradisonal Ataupun dengan cara Moderen. Sebenarnya Mengobati kambing sakit bukanlah hal yng sulit hanya saja yang perlu kita lakukan adalah sabar, ulet dan teratur memberinya obat. Okeh langsung aja kita ke TKP.

Cara Mengobati Kambing Sakit


1. Mengobati Kambing Kebung,

Kambing Kmebung adalah penyakit yang sangat membunuh, dan bisa sangat berbahaya. maka dari itu ada baiknya kita mencegahnya denga cara 1. Tidak Memberi Makan Daunsingkong yang masih segar, 2. Tidak Memberi Makan Rumput yang Masih berembun, Tidak Memberimakan Rumput Segar yang Basah. Sebaiknya memberi makan kambing dengan rerumputan yang sudah melayu.

Untuk Cara Mengobatinya sebagai berikut.
1. Jika muncul tanda - tanda Kembung, Biasanya perutnya Membesar dengan tidak normal karna berisi angin, kambing meringik kesakitan, wajah merunduk dan tidak mau makan.

2. Ambil tindakan dengan memberi Obat dari toko, yang sudah banyak beredar, ( Obat Cekok). Bisa juga cekogkan Minyak Goreng, Kalau Kambing Hamil atau masih Kecil bisa menggunakan Air degan.

3.Olesi PErut kambing sebelahkiri dengan Balsem, urut dari depankebelakang sambil ditekan, agar Kambing buang gas buang air kecil, atau berak.

4.Pastikan Kambing Tetap berdiri, jika kambing tidak bisa berdiri, kita harus memaksanya, 

5. sogok pantat kambing dengan batang pepaya jika sudah parah.

cara- cara tersebut dilakukan sampai kambing buang gas, atau buang air, jika sudah maka biarkan kambing namun tetap awasi sampai 3 jam kedepan.



2. Mengobati Gudik pada kambing (scabies)

Penyakit kambing gudik pada kambing memeng bisa jadi momok dan menjadikan harga kambing sangat murah. maka kita dapat mencegahnya dengan menjaga kebersihan dan rajinmenyemprotkan obat anti kuman pada kambing atau kandang seperti (Pastak).

Cara mengobatinya ada beberapa cara diantaranya:

1. Pisahkan ambing yang gudik dengan kambing yang sehat karna penyakit gudik dapat menular.

2. Obati dengan mencampurkan Oli bekas dan Obat pastak (obat serangga) 5 : 1 pada bagian kulit yang mengalami gudikan. Lakukan Hal itu sampai Kambing Sembuh, Biasnayya setelah 1 minggu kulit gudiknya akan rontok dan ambing kembali bersih.

3. Bisa juga dengan menyuntikan Obat gudik seperti (wormmechin) dengan menyuntikannya di bawah kulit diatas daging, cara ini lebih ampuhdan cepat.



3. Mengobati Kambing Diare

Untuk mencegah penyakit diare, yaitu dengan cara menghindari makana yang terlalu basah atau yang banyak mangandung  banyak air. Jika sudah diare ada beberapa obat, 

1. Beri Makan daun jambu biji, ini akan mebantu meredakn diare

2.Memberi makan daun pisang,

3. dengan cara menyuntikan obat antibiotik pada kambing.

lakukan cara - cara diatas pasti kambing sakit Diare kita akan srgera sembuh.



4. Mengobati Kambing yang sakit mata.

Biasanya mata kambing akan memutih, dan terjadi pada kambing yang melakukan perjalanan jauh atau habis debeli dari pasar, cara mengobatinya mudah yaitu dengan cara.

1. Pisahkan dengan kambing yang lainya karna penyakit ini menular.

2. Beri obat mata (Teramizin) obat untuk mata manusia. Lakuakan 1 hari sekali secara teraturr, dengan segera kambing akan sembuh dengan cepat.


Diatas adalah beberapa cara mengobati Kambing yang sakit, semoga cara-cara diatas dapat membantu menyembuhkan Kambing sodara dengan segera dan cepat, terimakasih telah menyimak.

Mengenali Penyakit Kambing Dan Kaedah Rawatan


Memiliki ternakan kambing yang sihat dan cergas bukan sahaja menjadi impian semua penternak malahan setiap pelanggan akan turut sama untuk memilih kambing yang sihat untuk dibeli samada untuk dijadikan santapan keluarga terutamanya apabila kenduri kendara, aqiqah, korban dan untuk dijadikan baka.


Oleh yang demikian, mengenali penyakit kambing adalah mustahak bagi setiap usahawan ternak agar ianya dapat menghindari penyakit-penyakit tersebut daripada menimpa kambing mereka.


1. Cirit-birit (Diarrhoea)


Cirit birit adalah disebabkan oleh beberapa perkara antaranya seperti faktor pengurusan di mana ternakan mengambil makanan yang tidak sesuai. Peralatan kandang dan lain-lain peralatan yang tidak bersih. Ternakan minum air yang tidak bersih atau tercemar. Faktor jangkitan parasit seperti masalah bebanan cacing dan kuman atau tersalah makan. 


Faktor bahan kimia juga membawa kepada masalah ini contohnya pada kes-kes keracunan. Faktor penyakit seperti serangan bakteria, virus dan protozoa 


(coccidiosis). Kambing yang menghidapinya akan mengalami sakit pada abdomen, mengeluarkan tahi cair dan berbau busuk, pangkal ekor kotor dan basah, monyok, tiada selera makan dan suka mengasingkan diri. Ianya juga boleh menyebabkan kematian.


Kaedah Rawatan :-


Berikan rawatan seperti ubat berak dan ubat cacing iaitu antidiarea, antibiotik, anthelmintik, coccidiostat.


Jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan
Periksa pemakanan, ubahsuai jenisnya jika perlu
Amalkan sistem ragutan bergilir


2. Penyakit Puru (Contagious ecthyma)


Penyakit ini disebabkan oleh virus. Ianya amat mudah menyerang pada anak kambing. Apabila anak kambing dijangkiti penyakit ini, ianya akan menjadi kurus dan lemah. Kadang-kala akan menyebabkan ternakan mengalami kesukaran untuk makan. Terdapatnya gelembung berair pada bahagian kulit lembut, mulut dan gusi serta bibir. Gelembung ini mungkin juga ada pada kaki terutama di celah jari. kambing muda sangat mudah dijangkiti, lama kelamaan kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah makan dan bergerak.


Kaedah Rawatan :-

Bersih & ubat luka kesan daripada gelembung pecah dengan iodin/gentian violet/krim akriflavin.
Sapu Krim Mepyramine pada gelembung.
Suntikan pelali semasa 3-4 minggu dan sekali lagi setelaj 3-4 bulan selepas suntikan pertama.
Asingkan kambing yang sudah dijangkiti.
Rawatan gelembung yang sudah pecah menggunakan ubat seperti tetravet atau iodin.


3. Kembung (Tyumpang)

Kambing mudah mengalami kembung terutama apabila makan terlalu banyak makanan kekacang. Di antara tanda-tanda kembung ialah meleleh air liur, perut buncit dan keras, berdentum bila berkentut, gelisah, selalu mengembek dan sering buang air kecil.


Kembung terjadi diakibatkan oleh gas yang dikeluarkan semasa proses penghadaman makanan tersebut, menyebabkan gas tersebut memenuhi ruang perut serta rongga pernafasan. Ini menyebabkan kambing mengalami sesak nafas kerana rongga pernafasan tersumbat.


Penyebab Kembung :-

Tersilap makan (makan dedaun yang beracun atau mengandungi bahan nitrogen yang tinggi seperti jinis kekacang),
Terlalu banyak makan PKC,
Gangguan fizikal (sekatan di bahagian leher ),
Pertukaran jenis makanan yang terlalu mendadak.


Tanda-Tanda Klinikal :-

Pembesaran perut di sebelah kiri, dan bila diketuk berbunyi seperti gendang.
Ternakan resah dan menunjukkan tanda sakit di bahagian perut.
Tidak mahu makan.
Terbaring dan kesakitan.
Kadar pernafasan yang tinggi, sesak nafas dan kematian.


Kaedah Rawatan :-
Stomach tubing.
Berikan ubat penahan kembung (ante-bloat) terus ke dalam perut(rumen).
Tebuk perut (bagi kes yang serius) dengan menggunakan alat Trocha and cannulla.
Uruskan bahan makanan dengan betul.


Apa itu 'stomach tubing' ? :- 

'Stomach tubing' adalah kaedah mengeluarkan angin dari dalam perut kambing yang mengalami kembung dengan menggunakan salur tiub getah.
Masukkan salur tiub berukuran kira-kira 0.5cm atau lebih besar sedikit ke dalam mulut kambing, dan tolakkan perlahan-lahan ke dalam rongga saluran pemakanan sehingga sampai ke perut rumen.

InsyaAllah angin yang tersangkut di dalam perut akan dapat keluar melaui tiub tersebut dan kambing anda akan pulih dari penyakit kembing.

Nota: Anda boleh menggunakan salur tiub jernih yang biasa digunakan oleh tukang rumah untuk menyukat ketinggian, ia boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai 'hardware'.


4. Radang Paru-Paru (Pneumonia)

Ia merupakan penyakit biasa ternakan kambing. Penyakit ini berpunca daripada amalan pengurusan ternakan yang tidak baik. Penyebab utama penyakit ini adalah virus, bakteria, parasit dan bahan kimia. 

Batuk basah adalah tanda awal. Kambing kelihatan monyok, lemah, pernafasan cepat, batuk berlendir dan keluar hingus. Keadaan menjadi tenat jika kurang pengudaraan, kesejukan, basah atau keadaan sesak.


Antara faktor-faktor penyebab adalah:-

Stress / tegasan cuaca (sejuk).
Pemakanan tidakbermutu.
Bebanan cacing.
Peredaran udara dalam kandang yang tidak baik.
Kandang terlalu padat - memudahkan kambing mendapat pneumonia.


Tanda-tanda klinikal yang dapat di lihat adalah seperti :-

Pernafasan cepat / sesak nafas.
Suhu tinggi / demam.
Bunyi pernafasan tidak normal.
Batuk, bersin, cecair dari hidung.
Lemah, kurus, tiada selera makan.


Kaedah Rawatan :- 
Gunakan antibiotik spektrum luas
Asingkan di tempat yang lebih selesa dan tenteram untuk elakkan stress.
Kandang hendaklah bersih, kering dan cukup pengudaraan (ventilasi).
Elakkan daripada terkena hujan dan keadaan lembab.
Beri suntikan antibiotik serta vitamin.
Anak baru lahir hendaklah dapat cukup kolustrum (susu awal).


Pencegahan :- 

Berikan suntikan pelalian (vaccination) bagi ternakan yang berusia 1 bulan ke atas.
Induk bunting yang diberi suntikan pelalian dapat membantu anak mendapat antibodi terhadap pneumonia.


5. Penyakit-penyakit lain

Diantara penyakit lain yang boleh menyebabkan kambing tidak sihat adalah kurap, kurang darah, kancing gigi, kecederaan fizikal, kudis, kutu dan buruk kuku.

Keadaan ini menyebabkan kambing tidak cergas, seterusnya kurang selera makan dan menjadi kurus. Amalkan kebersihan kandang, pemakanan yang sempurna dan jadual pencegahan penyakit yang teratur dapat mengurangkan serangan penyakit.

Selain daripada itu terdapat juga rawatan secara tradisional yang telah diguna-pakai sejak dahulu oleh masyarakat kita sebelum kedatangan ubatan moden ini.

petua penyakit Kambing : Minyak Masak, Bawang Putih Dan Penyakit Puru (ORF)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Artikel kali ini adalah berkenaan penyakit kambing, rasanya artikel pertama mengenai penyakit kambing. hahaha. Ya tuan-tuan, penyakit puru atau ORF adalah satu penyakit biasa, tetapi jika dibiarkan, ianya akan melarat dan memberi kesan kepada kambing, boleh juga bawa kematian apabila kambing kita hilang selera makan akibat kena puru terutama sekitar mulut.

Saya bukanlah pakar penyakit kambing ni, saya ternak pun cara PJJ (Penternakan Jarak Jauh). Sebab kerja di Sarawak, Kapit plak tu. Bak kata kawan-kawan bila ada yang luar biasa, (terutama harga barang) "KAPIT BRO!" Jadi diikutkan cerita PJJ ni, kambing saya dijaga oleh adik, yang kurang pengetahuan pasal kambing. Dalam masa yang sama terjadilah serangan ORF ni. Takkan saya nak suruh dia beli ubat pelik-pelik, nak kena suntik bagai, naya je kambing tu. Saya pun tak tahu suntik menyuntik ni, lagikan adik saya. Jadi saya perlu bagi solution yang simple dan terbukti berkesan sebelum ini dengan cara tradisional. Minyak masak terpakai. Tapi sebelum tu, mari kita kenali serba sedikit penyakit puru atau ORF ini.


Penyakit Puru (Zoonotic Disease)
Nama Saintifik: Contagious ecthyma
Nama Inggeris: Sore mouth, orf, scabby mouth (walaupun nama sore mouth, tempat lain pun kena gak, hehehe)
Mangsa: Anak-anak kambing kebiasaannya.
Penyebab: Poxivirus, berkait rapat dengan keluarga virus pseudocowpox dan bovine papular stomatitis. Virus ini bersifat epitheliotropic, yakni dia suka pada kulit. Jangkitan berlaku secara sentuhan langsung. (1)

Namun begitu, jangkitan boleh secara tidak langsung oleh tisu atau air liur yang dijangkiti, ataupun oleh pembawa-pembawa seperti nyamuk. Banyak tempat boleh berjangkit, mulut, hidung, telinga, skrotum, puting dan kaki. Ok, cukup untuk pengenalan. hahaha. 

Sekarang, bagaimana untuk merawatnya? Mula-mula kena dulu, ada seekor anak kambing jantan kena puru pada mulut. Jadi saya pun Google la, jumpa. Petua dia, guna minyak masak terpakai. Saya pun terus guna dan sapu pada anak kambing tu, 2 3 hari, puru tu memutih seperti ianya mereput, lepas beberapa hari, luruh habis puru, dan tak pernah kena lagi.


Namun begitu, baru-baru ini, kena lagi, tu pun dah agak teruk kalo menurut adik saya. Memandangkan agak teruk dari sebelum ni, saya tak fikir minyak masak sahaja cukup merawat puru tu. Maka sekali lagi saya Google, antara yang paling menarik perhatian, guna WD40 dan sulfur. Amboi, ganas betul bunyi. Saya reject, dijilatnya kambing saya nanti, silap2 kojol terus, naya je. Saya cari lagi, dan jumpa laman web Fias Co Farm, artikel Ear problems / infections. Kalau nak ikut panduan dia, memang tak dapat la, tapi apa yang menarik minat saya adalah penggunaan bawang putih dan vitamin E. Ada juga rakan yang menyuruh menyapu iodin. Jadi, daripada bawang putih, vitamin E dan iodin ini, saya terfikirkan untuk jadikan 1 ramuan, iaitu Minyak Bawang Putih. Hahahahaha.

Minyak Bawang Putih ini, bahan-bahannya adalah minyak masak terpakai (minyak goreng ikan lagi bagus) diblender sekali dengan bawang putih, dan saya suruh adik saya buat, Alhamdulillah, katanya menampakkan kesan positif. Sapukan pada puru tu, kalo dia jilat pun, bahan2nya adalah bahan organik, bukan minyak WD40. Rasional ramuan ini adalah minyak masak sawit mengandungi vitamin E, ikan adalah sumber iodin, dan bawang putih sebagai antibiotik. Apa kelebihan bahan-bahan ini? Google la, takkan semua nak cerita sini, bila nak habis. Hehehehe.

Ok, tips lain yang dicadangkan oleh senior-senior penternak kambing adalah:

(i) Inject anthiomaline.
(ii) Inject ivomec.
(iii) Sapu Acriflavine.
(iv) Minyak goreng terpakai + Himax ayurvedic medicine + negasunt powder (dalam nisbah 100 ml + 1g + 0.5g).


Sumber gambar: Tuan Mustapa Basir (Facebook)

Kalau nak lebih banyak ubat untuk merawat puru ni, boleh layari blog Aku Bukan Doktor Veterinar. Ada 1 lagi kaedah yang agak hardcore, iaitu kopek/kutil puru tu. Hehehe. Agak ganas, tapi berkesan, ini Prof Alwi punya style, boleh baca artikel beliau di sini Alwi Goat Farm.

Macam mana nak cegah, nanti saya cerita lain. Tepu kepala kalau nak bagi semua. Hehehe. Sekian, terima kasih.

Rujukan:
(1) Maria Leite-Browning, Contagious Ecthyma (Orf/Sore Mouth) in Sheep and Goats, Alabama A&M University
 
krdit to : projek kambing muda.
 

kambing kampung masuk ..

kambing mula suaikan diri di kandang baru..

kambing mula suaikan diri dengan "tuan" baru ...

kambing tengah cari tempat tidoq ...