فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ" : Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman [55] )

Pusat Ternakan : Lot 389, Dusun Durian, Kampung Belau Merbok, 08400 Merbok, Kedah.




Friday 27 January 2012

KEISTIMEWAAN & KANDUNGAN SUSU KAMBING

  • Zink (Zn) – membentuk sistem imun tubuh
  • Gabungan Flourin dan Beta Kasein – Masalah yang berkaitan paru-paru dan pembentukan sistem antibodi
  • Gabungan Silikon dan Florine membantu mempertingkatkan fungsi pankreas bagi mengawal penyakit diabetis.
  • Betakasein, Asid Amino Esential – Meningkatkan insulin berguna bagi penghidap diabetes
  • Cynokobalamin berperanan dalam membentuk zat hemoglobin bagi masalah berkaitan darah.
  • Kalium (K) berguna bagi penderita Arteriosclerosis, Tekanan Darah Tinggi maupun Darah Rendah
  • Kalsium melindungi sel-sel usus besar daripada risiko kanser akibat daripada zat kimia yang pernah melaluinya, mencegah masalah rapuh tulang akibat daripada masalah monopos atau radang sendi, migrain, juga masalah senggugut.
  • Enzim Xanthine Oksidase dan Niasin (Vit B3)berfungsi mengatasi sel kanser/Tumor dan mengurangi kesan akibat proses kimoterapi.
  • Kandungan MCT (Medium Chain Trygliseride) berguna bagi program diet dan penyembuhan akibat stroke
  • Kaya dengan lactoglobulin penahan protein penyebab alahan.
  • Mengandungi mineral, sulfer metionin, riboflavin (Vit B2)dan B3 yang mengawal pertumbuhan dan perkembangan sel otak serta sistem saraf bagi kecerdasan anak.
  • Lactoferrin (LF), lactoperoxidase, lysozyme dan peptide dapat meningkatkan aktiviti CD4 dan sel T sebagai pembentuk sistem kekebalan tubuh bagi pesakit infeksi virus HIV

  • Riboflavin (Vit B2) merawat masalah migrain, asma, ekzema, masalah perut berangin, imsomnia dan demam kuning.
  • Kandungan Potassium dan Kalsium yang tinggi dan rendah Sodium membentuk tekanan darah dan mengawal fungsi hati yang normal.
Susu kambing adalah yang kedua terbaik selepas susu ibu malah ia lebih berkhasiat berbanding susu lembu. Namun begitu masih ramai yang tidak mengambil berat akan kebaikan susu kambing malah ada yang tidak mahu meminumnya kononya tidak tahan bau hamis pada susu kambing. Istimewanya susu kambing kerana ia tidak mengandungi beta-lactoglobulin di mana kandungan ini menjadi pemangkin kepada masalah alahan seperti masalah berkaitan paru-paru, alahan pada kulit, gangguan pada usus dan pelbagai infeksi radang.

Rantaian asid lemak dalam susu kambing lebih pendek dan tidak mengandungi agglutinin (senyawa yang menjadikan molekul lemak berkumpul) berbanding dengan susu lembu, menjadikan susu kambing lebih mudah diserap cernakan oleh usus. Protein di dalam susu kambing merangkumi 22 jenis asid amino termasuk 8 jenis Asid Amino Essential (isoleusin, leusin dan fenilalanin). Asid Amino Essential ini perlu kerana ia merupakan senyawa penting pembentuk sejumlah senyawa hormone dan jaringan fisiologi tubuh.

Pengambilan susu kambing secara berterusan terutamanya bagi kanak-kanak akan membentuk tulang yang sihat, meningkatkan kadar hemoglobin, membekalkan vitamin A, B1, B2 dan B3 bagi pertumbuhan dan perkembangan sel otak dan saraf. Asid amino dalam susu kambing juga mampu berperanan dalam pembentukan sel darah penawar racun (detokfikasi) terhadap bahan yang masuk ke dalam badan mengandungi bahan kimia berbahaya.


Kalsium dan Fosforus semulajadi di dalam susu kambing bersatu menjadi satu komponen utama yang kompleks dalam pembentukan struktur dan kekuatan tulang. Tulang yang sihat bererti kandungan kalsiumnya juga berada dalam keadaan yang cukup. Jika berlaku kekurangan kalsium pada mana-mana bahagian tubuh yang lain, tulang akan ‘menyumbangkan’ zat kalsiumnya bagi menampung kekurang zat kalsium yang diperlukan. Jika penyumbangan ini berlaku secara berterusan tanpa berlaku penambahan semula kalsium pada tulang, lama-kelamaan akan mengalami masalah kerapuhan dan masalah rawan menipis (sakit sendi). Tulang yang sihat bermakna sistem tubuh juga akan sihat kerana tulang memainkan peranan yang besar terhadap fisiologi tubuh.

MAKANAN SUNNAH YANG DILUPAKAN - SUSU KAMBING

a. Mudah Dihadam
Susu Kambing mempunyai molekul protein yang sangat halus dan mudah larut, lembut, dan mudah hadam berbanding susu lembu. Sangat baik untuk semua peringkat umur terutamanya bagi yang mempunyai masalah penghadaman dan malahan mampu bertindak menyingkirkan lebihan asid dalam perut.

b. Alahan Laktosa
Kandungan laktosa dalam susu kambing 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Bagi kanak-kanak mahupun dewasa yang mempunyai masalah penghadaman dan alahan pada susu lembu adalah lebih baik bertukar kepada susu kambing. Sifat susu kambing mudah dihadam dan zarahnya yang halus membolehkan laktosa boleh melalui sepanjang usus kecil dan usus besar tanpa dengan lancar.

c. Bersifat Alkali
Pengambilan susu kambing yang kerap tidak akan membentuk asid dalam darah kerana susu kambing bersifat alkali malah pengambilan susu kambing yang berkala mampu meneutralkan kandungan asid yang berlebihan dalam darah. Darah yang berasidik akan menyebabkan gejala seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sakit-sakit sendi, masalah metabolism tubuh terutamanya tekana darah tinggi.

d. Banyak Asid Lemak yang baik
Kandungan asid capric dan asid caprylic mampu mencegah jangkitan kulat terutama pada organ kulit. Asid lemak yang baik ini juga mampu membina sistem imun dan antibodi tubuh sekaligus memastikan metabolism tubuh berada dalam keadaan yang baik.

e. Kaya dengan Mineral Selenium
Mineral Selenium dalam susu kambing bertindak mengukuhkan sistem imunisasi dan antibodi juga sebagai bahan antioksida. Mineral ini juga melawan serangan virus dan mencegahnya daripada membiak.

f. Kaya Bahan Sodium Bioorganik
Sodium Bioorganik dalam susu kambing sangat baik dalam perawatan naturopathic dan berfungsi sebagai elemen anti penuaan. Sangat berkesan pada masalah Rheumatoid arthritis (radang sendi)
Susu kambing adalah minuman yang lebih berzat berbanding dengan susu lembu. Seringkali terdapat pelbagai rungutan tentang kesihatan yang kedengaran akibat meminum susu lembu. Di antara gangguan kesihatan akibat kerap meminum susu lembu ialah kegemukan, asma, infeksi paru-paru, alergi dan tuberkulosis.

Oleh itu, susu kambing dapat menjadi alternatif bagi peminum susu yang mempunyai alergi terhadap susu lembu. Ini kerana, mungkin terdapat hikmahnya terdapat riwayat-riwayat sahih tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya, yang kita temui kisah mereka meminum susu kambing, dan bukan susu lembu!

Namun manfaat susu kambing sayangnya, masih belum disedari oleh kebanyakan kaum muslimin. Malahan, kita digalakkan untuk mempraktikan atau meneladani seluruh sikap dan perilaku sehari-hari Rasulullah termasuk kebiasaan makan dan minumnya.

Diantaranya ialah minuman Rasulullah SAW, adalah susu kambing segar. Susu tersebut akan terus diminum sesudah diperah dari ambing kambing. (Kisah dari Abdullah bin Masud pada masa remaja saat dia menggembalakan kambing milik Uqbah bin Muaith).

Namun, berapa peratus muslim di seluruh dunia ini yang punya kebiasaan meminum susu kambing? Atau lebih spesifik lagi ialah berapa peratus kaum muslimin di dunia ini yang tahu akan manfaat susu kambing? (Manfaat susu kambing sila
BACA)
Namun dari data yang ada, menunjukkan susu kambing yang paling produktif dikeluarkan (dalam kg susu/ekor/tahun) adalah di negara Eropah iaitu Perancis (400), Rusia (125), Sepanyol (121), Itali (115), dan Rom (78). Di negara-negara muslim pula seperti Azebaijan (47), Iraq (35), Sudan (31), Turki (30), Pakistan (17) dan Indonesia (15). Namun, bagaimana produktiviti susu kambing di Malaysia?

Pada dasarnya, meminum susu ternakan digalakkan kerana ia berpotensi sebagai sumber protein dan kalsium yang sangat penting untuk kesihatan. Oleh itu, kerap kali doktor dan pakar kesihatan menganjurkan kita dan kanak-kanak untuk meminum susu setiap hari. Namun meminum susu segar bukan kebiasaan orang Melayu. Pelbagai alasan yang diberikan untuk menidakkan penolakan mereka meminum susu segar. Terutama, apabila ia berkaitan dengan kambing.

Namun, seorang ahli kesihatan yang mengkaji pengaruh pola makanan terhadap kesihatan dan proses jangkitan dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit, Norman W. Walker, telah membuktikan bahawa susu, adalah bahan makanan yang paling banyak menimbulkan lendir di dalam tubuh manusia kecuali susu kambing segar. Beliau juga mendapati bahawa susu yang paling sesuai untuk dikonsumi (diminum) manusia, (selain bayi yang menyusu ibu) adalah susu kambing segar!

Allah SWT telah berfirman bahawa "susu adalah minuman yang disediakanNya bagi manusia" (QS. 16: 66, 23: 21). Allah juga menyebutkan bahawa :minuman susu itu mudah ditelan oleh manusia". Dalam istilah ilmu gizi & kesihatan, tentunya "mudah ditelan" ini bermaksud mempunyai erti fisiologi yang baik untuk kesihatan manusia.

Susu Kambing & Sunnah Rasulullah

Surah Al Nahl, ayat 66:
 Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.