فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ" : Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman [55] )

Pusat Ternakan : Lot 389, Dusun Durian, Kampung Belau Merbok, 08400 Merbok, Kedah.




Friday 27 January 2012

Susu kambing adalah yang kedua terbaik selepas susu ibu malah ia lebih berkhasiat berbanding susu lembu. Namun begitu masih ramai yang tidak mengambil berat akan kebaikan susu kambing malah ada yang tidak mahu meminumnya kononya tidak tahan bau hamis pada susu kambing. Istimewanya susu kambing kerana ia tidak mengandungi beta-lactoglobulin di mana kandungan ini menjadi pemangkin kepada masalah alahan seperti masalah berkaitan paru-paru, alahan pada kulit, gangguan pada usus dan pelbagai infeksi radang.

Rantaian asid lemak dalam susu kambing lebih pendek dan tidak mengandungi agglutinin (senyawa yang menjadikan molekul lemak berkumpul) berbanding dengan susu lembu, menjadikan susu kambing lebih mudah diserap cernakan oleh usus. Protein di dalam susu kambing merangkumi 22 jenis asid amino termasuk 8 jenis Asid Amino Essential (isoleusin, leusin dan fenilalanin). Asid Amino Essential ini perlu kerana ia merupakan senyawa penting pembentuk sejumlah senyawa hormone dan jaringan fisiologi tubuh.

Pengambilan susu kambing secara berterusan terutamanya bagi kanak-kanak akan membentuk tulang yang sihat, meningkatkan kadar hemoglobin, membekalkan vitamin A, B1, B2 dan B3 bagi pertumbuhan dan perkembangan sel otak dan saraf. Asid amino dalam susu kambing juga mampu berperanan dalam pembentukan sel darah penawar racun (detokfikasi) terhadap bahan yang masuk ke dalam badan mengandungi bahan kimia berbahaya.


Kalsium dan Fosforus semulajadi di dalam susu kambing bersatu menjadi satu komponen utama yang kompleks dalam pembentukan struktur dan kekuatan tulang. Tulang yang sihat bererti kandungan kalsiumnya juga berada dalam keadaan yang cukup. Jika berlaku kekurangan kalsium pada mana-mana bahagian tubuh yang lain, tulang akan ‘menyumbangkan’ zat kalsiumnya bagi menampung kekurang zat kalsium yang diperlukan. Jika penyumbangan ini berlaku secara berterusan tanpa berlaku penambahan semula kalsium pada tulang, lama-kelamaan akan mengalami masalah kerapuhan dan masalah rawan menipis (sakit sendi). Tulang yang sihat bermakna sistem tubuh juga akan sihat kerana tulang memainkan peranan yang besar terhadap fisiologi tubuh.

No comments:

Post a Comment