فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ" : Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman [55] )

Pusat Ternakan : Lot 389, Dusun Durian, Kampung Belau Merbok, 08400 Merbok, Kedah.




Monday 2 November 2015

petua penyakit Kambing : Minyak Masak, Bawang Putih Dan Penyakit Puru (ORF)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Artikel kali ini adalah berkenaan penyakit kambing, rasanya artikel pertama mengenai penyakit kambing. hahaha. Ya tuan-tuan, penyakit puru atau ORF adalah satu penyakit biasa, tetapi jika dibiarkan, ianya akan melarat dan memberi kesan kepada kambing, boleh juga bawa kematian apabila kambing kita hilang selera makan akibat kena puru terutama sekitar mulut.

Saya bukanlah pakar penyakit kambing ni, saya ternak pun cara PJJ (Penternakan Jarak Jauh). Sebab kerja di Sarawak, Kapit plak tu. Bak kata kawan-kawan bila ada yang luar biasa, (terutama harga barang) "KAPIT BRO!" Jadi diikutkan cerita PJJ ni, kambing saya dijaga oleh adik, yang kurang pengetahuan pasal kambing. Dalam masa yang sama terjadilah serangan ORF ni. Takkan saya nak suruh dia beli ubat pelik-pelik, nak kena suntik bagai, naya je kambing tu. Saya pun tak tahu suntik menyuntik ni, lagikan adik saya. Jadi saya perlu bagi solution yang simple dan terbukti berkesan sebelum ini dengan cara tradisional. Minyak masak terpakai. Tapi sebelum tu, mari kita kenali serba sedikit penyakit puru atau ORF ini.


Penyakit Puru (Zoonotic Disease)
Nama Saintifik: Contagious ecthyma
Nama Inggeris: Sore mouth, orf, scabby mouth (walaupun nama sore mouth, tempat lain pun kena gak, hehehe)
Mangsa: Anak-anak kambing kebiasaannya.
Penyebab: Poxivirus, berkait rapat dengan keluarga virus pseudocowpox dan bovine papular stomatitis. Virus ini bersifat epitheliotropic, yakni dia suka pada kulit. Jangkitan berlaku secara sentuhan langsung. (1)

Namun begitu, jangkitan boleh secara tidak langsung oleh tisu atau air liur yang dijangkiti, ataupun oleh pembawa-pembawa seperti nyamuk. Banyak tempat boleh berjangkit, mulut, hidung, telinga, skrotum, puting dan kaki. Ok, cukup untuk pengenalan. hahaha. 

Sekarang, bagaimana untuk merawatnya? Mula-mula kena dulu, ada seekor anak kambing jantan kena puru pada mulut. Jadi saya pun Google la, jumpa. Petua dia, guna minyak masak terpakai. Saya pun terus guna dan sapu pada anak kambing tu, 2 3 hari, puru tu memutih seperti ianya mereput, lepas beberapa hari, luruh habis puru, dan tak pernah kena lagi.


Namun begitu, baru-baru ini, kena lagi, tu pun dah agak teruk kalo menurut adik saya. Memandangkan agak teruk dari sebelum ni, saya tak fikir minyak masak sahaja cukup merawat puru tu. Maka sekali lagi saya Google, antara yang paling menarik perhatian, guna WD40 dan sulfur. Amboi, ganas betul bunyi. Saya reject, dijilatnya kambing saya nanti, silap2 kojol terus, naya je. Saya cari lagi, dan jumpa laman web Fias Co Farm, artikel Ear problems / infections. Kalau nak ikut panduan dia, memang tak dapat la, tapi apa yang menarik minat saya adalah penggunaan bawang putih dan vitamin E. Ada juga rakan yang menyuruh menyapu iodin. Jadi, daripada bawang putih, vitamin E dan iodin ini, saya terfikirkan untuk jadikan 1 ramuan, iaitu Minyak Bawang Putih. Hahahahaha.

Minyak Bawang Putih ini, bahan-bahannya adalah minyak masak terpakai (minyak goreng ikan lagi bagus) diblender sekali dengan bawang putih, dan saya suruh adik saya buat, Alhamdulillah, katanya menampakkan kesan positif. Sapukan pada puru tu, kalo dia jilat pun, bahan2nya adalah bahan organik, bukan minyak WD40. Rasional ramuan ini adalah minyak masak sawit mengandungi vitamin E, ikan adalah sumber iodin, dan bawang putih sebagai antibiotik. Apa kelebihan bahan-bahan ini? Google la, takkan semua nak cerita sini, bila nak habis. Hehehehe.

Ok, tips lain yang dicadangkan oleh senior-senior penternak kambing adalah:

(i) Inject anthiomaline.
(ii) Inject ivomec.
(iii) Sapu Acriflavine.
(iv) Minyak goreng terpakai + Himax ayurvedic medicine + negasunt powder (dalam nisbah 100 ml + 1g + 0.5g).


Sumber gambar: Tuan Mustapa Basir (Facebook)

Kalau nak lebih banyak ubat untuk merawat puru ni, boleh layari blog Aku Bukan Doktor Veterinar. Ada 1 lagi kaedah yang agak hardcore, iaitu kopek/kutil puru tu. Hehehe. Agak ganas, tapi berkesan, ini Prof Alwi punya style, boleh baca artikel beliau di sini Alwi Goat Farm.

Macam mana nak cegah, nanti saya cerita lain. Tepu kepala kalau nak bagi semua. Hehehe. Sekian, terima kasih.

Rujukan:
(1) Maria Leite-Browning, Contagious Ecthyma (Orf/Sore Mouth) in Sheep and Goats, Alabama A&M University
 
krdit to : projek kambing muda.
 

No comments:

Post a Comment