Pengurusan Am merupakan satu
aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:
a. Kawasan
b. Buruh c. Jadual Pengurusan d. Pengenalan Ternakan e. Pengasian f. Mematikan Tanduk g. Memotong Kuku h. Menggunting Bulu i. Kawalan Kutu
Kawasan
Kebersihan kawasan kandang dan
persekitaran perlu diutamakan setiap masa. Perparitan atau longkang di
sekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempura. Najis yang
dibuang atau dikumpulkan jangan terlalu dekat dengan kandang. Kawasan pastura
untuk ragutan atau potong perlu dipagari dengan kukuh. Dengan ini memudahkan
pengurusan meragut dan mengelakkan percampuran yang menyebabkan perkahwinan
tidak diingini.
Buruh
Buruh samada yang diupah atau
sendiri mestilah diuruskan supaya kerja-kerja lebih teratur dan mudah.
Sebagai contohnya sementara menunggu kambing dilepaskan meragut, bersihkan
dahulu palung makanan dan memotong rumput. Apabila kambing dilepaskan sahaja,
kandang pula perlu dibersihkan. Begitulah seterusnya kerja-kerja lain
haruslah diuruskan secara teratur.
Jadual Pengurusan
Penyelarasan bagi kerja-kerja
jangkamasa panjang dan tugas harian perlu diatur dari semasa ke semasa.
Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mengkacuk, beranak,
mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian ubat
cacing perlu diatur dengan sistematik. Jadual lain seperti jangkamasa meragut
di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai mestilah diatur agar pembahagian
jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat dengan tertib.
Pengenalan
Sekeping kad rekod ternakan
perlu disediakan apabila sahaja seekor anak dilahirkan. Penandaan boleh dibuat
samada dengan memasang tag plastik ataupun ditattoo di telinganya supaya
mudah untuk pengenalan.
Pengasian
Pengasian anak kambing jantan
yang tidak dijadikan baka boleh dibuat pada umur 4 - 5 minggu. Proses ini
dapat mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan untuk
penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik.
Mematikan Tanduk
Pertumbuhan asas tanduk perlu
dimatikan di peringkat anak untuk mengurangkan kecederaan antara sesamanya,
disebabkan perkelahian atau kemalangan. Untuk tanduk yang telah tumbuh, ianya
perlu dipotong.
memotong Kuku
Kambing yang tidak dilepaskan
keluar dalam jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya menjadi panjang. Ini
akan menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan penyakit kalau tidak
dibersihkan. Maka itu, kukunya perlu dipotong dan dibersihkan dari kotoran.
Menggunting Bulu
Kambing kacukan terutamanya
mempunyai bulu yang agak panjang perlulah dibersihkan. Bulu yang kotor
menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakan kutu. Bulu di sekitar tetek
perlu digunting untuk memudahkan pemerahan juga mengelakkan bulu
bercampur dengan susu. Gunakan gunting elektrik atau tangan untuk tujuan ini.
Kawalan Kutu
Masalah kutu tidak akan selesai
bagi kambing dalam kelompok yang besar dan bercampur antara sesamanya.
Kambing diberikan samada semburan ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam
mandi kutu, bagi membunuh kutu yang bersarang pada badan kambing.
RINGKASAN
Pengurusan yang baik dan
sistematik dapat meninggikan prestasi pengeluaran ternakan. Pengurusan
terbahagi kepada dua iaitu pengurusan ternakan dan pengurusan am. Pengurusan
ternakan bermula dari lahir, dewasa, bunting dan beranak. Penjagaan yang rapi
perlu dibuat kepada anak kambing yang baru lahir, membesar dan ibu yang
bunting. Pengurusan ama pula meliputi pengurusan kawasan, buruh, jadual
kerja, pengenalan, pengkasian, mematikan tanduk, memotong kuku, menggunting
bulu dan kawalan kutu.
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ" : Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman [55] )
Pusat Ternakan : Lot 389, Dusun Durian, Kampung Belau Merbok, 08400 Merbok, Kedah.
Thursday, 30 July 2015
PENGURUSAN AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment