Baka-baka kambing yang boleh
digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badang yang padat jika
dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis
ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu.
Susu kambing didapati mempunyai
mutu yang lebih baik berbanding dengan susu lembu dan manusia, terutama dari
kandungan protin dan lemaknya.
Berikut ini dipaparkan Jadual
mengenai kandungan susu kambing berbanding dengan susu lembu dan manusia:
Di antara baka-baka daging yang
boleh digunakan untuk pemeliharaan:
2.1 Kambing Kacang (Katjang)
Kambing kacang dipercayai
berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianya digunakan untuk keluaran daging.
Kambing jenis ini mempunyai badan yang kecil dan pendek dan tanduk yang
melentur ke atas dan ke belakang. Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut
pada kambing jantan dan jarang pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus
dan tirus.
Leher adalah pendek dan
bahagian belakang adalah lebih tinggi dari bahu, purata ketinggiannya ialah
5- - 60 s.m. Kulit badan nipis tetapi mempunyai bulu yang kasar. Warna bulu
biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki
atau badan. Kelahiran kembar adalah salah satu ciri-ciri kambing ini yang
baik. Pengeluaran susu adalah sedikit; tidak lebih dari 0.3 kg sehari dalam
masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.
2.2 Jamnapari/Ettawah
Kambing jenis Jamnapari berasal
dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysia dengan maksud dikacukkan dengan
kambing tempatan untuk membaiki populasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini
digunakan untuk keluaran daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi
menunjukkan muka yang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang
panjang dan melampai ke bawah.
Badan adalah lebih besar dan
tinggi dari kambing kacang dan terdapat tanduk yang melentur ke atas dan ke
belakang, bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya
agak kusut dan berwarna campuran hitam dan kekuningan.
Kambing jenis ini telah pun
digunakan secara meluas di Malaysia bagi memperbaiki mutu kambing tempatan.
2.3 Anglo Nubian
Baka Anglo Nubian mempunyai
sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir dan juga baka Jamnapari dari
India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak dan mudah sesuai dengan
alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging, baka ini juga boleh digunakan
untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing jenis ini berbadan besar dan
mempunyai telinga yang panjang dan melampai ke bawah. Hidung kambing jenis
ini melengkung ke bawah dan mempunyai kaki yang panjang dengan purata
ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannya kambing Anglo Nubian tidak mempunyai
tanduk tetapi mempunyai bulu badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat
kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna
gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.
Pengeluaran susu adalah
menggalakkan dan ianya boleh mengeluarkan 2 kg susu satu hari dan 250 - 300
kg bagi satu laktasi.
2.4 Kambing Kacukan
Kambing kacukan adalah hasil
dari perkahwinan kambing kacang dan baka-baka luar negeri seperti Anglo
Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan
susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine. Kebanyakan kambing yang
dilihar di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cua 40% dari jumlah
kambing di negara ini ialah kambing kacang.
Rupa bentuk biasanya
menunjukkan mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri.
Kambing jenis kacukan ini boleh meningkat berat badan sebanyak 18 - 25 kg
dalam lingkungan umur setahun. Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat
badan yang lebih tinggi dari kambing kacang. Purata berat badan ketika lahir
adalah lebih kurang 2 kg - 2.5 kg seekor.
2.5 Kambing Saanen
Kambing ini berasal dari Lembah
Saanen di Switzerland. Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik
hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. Hidungnya lurus dan muka
berupa segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan.
Ekornya tipis dan pendek.
Tanduk didapati pada kedua-dua
jantina. Kekacang di leher boleh dilihat pada baka ini. Penghasilan susunya
berbeza di antara 500 kg dan 1,200 kg dalam tempoh 250 hari, (purata 800 kg).
RINGKASAN 2:
Industri ternakan kambing di
Malaysia bertujuan untuk menghasilkan susu dan daging. Baka-baka kambing yang
dapat mengeluarkan susu dan daging yang baik diimport dari luar negeri
seperti Jamnapari, Saanen, Anglo Nubian dan Toggenburg, untuk disilangbiakkan
dengan baka tempatan. Hasilnya kita memperolehi anak kambing yang cepat
membesar, tahan pada cuaca dan banyak mengeluarkan susu
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ" : Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman [55] )
Pusat Ternakan : Lot 389, Dusun Durian, Kampung Belau Merbok, 08400 Merbok, Kedah.
Wednesday, 29 July 2015
BAKA-BAKA KAMBING
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment