Perumahan adalah perlu untuk
pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau
seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.
Kedudukan
rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:
·
Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan.
Contohnya, kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat
dengan kandang jika boleh.
·
Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua
kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini
adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.
Apabila membina kandang
keperluan-keperluan yang penting
untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing adalah:
·
Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
·
Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang
terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
·
Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling
kandang
·
Tidak terkena angin yang kencang
·
Terpelihara dari hujan dan panas
·
Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
·
Ruang makan dan minum mencukupi
·
Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti
terseliuh atau patah tulang.
RINGKASAN
Bagi membina sebuah kandang
kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang
sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan
kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran
penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan
keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.
|
فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ" : Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman [55] )
Pusat Ternakan : Lot 389, Dusun Durian, Kampung Belau Merbok, 08400 Merbok, Kedah.
Wednesday, 29 July 2015
PANDUAN PERUMAHAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment