فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ" : Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman [55] )

Pusat Ternakan : Lot 389, Dusun Durian, Kampung Belau Merbok, 08400 Merbok, Kedah.




Friday, 21 August 2015

Sup Tulang Kambing



             
       Bahan-bahan ( 6 org )
1 kg tulang kambing ( bhgn rusuk ) 2 ulas bawang putih 4 ulas bawang merah 2" halia 2cm lengkuas 2 kuntum bunga lawang 1 btg kulit kayu manis 6 kuntum bunga cengkih 2 bj buah pelaga 1 mangkuk air panas 3 mangkuk air 1 sk serbuk lada sulah 2 sb garam & 1/2 sk ajinomoto 3 sb minyak daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

Dalam mangkuk kaca, satukan kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih & bunga lawang Masukkan air panas yang baru saja dimasak, tutup mangkuk rapat. Biar sehingga air menjadi suam. Selepas itu toskan bahan2 rempah & simpan air rendaman. Tumbuk lumat bawang putih & bawang merah. Halia & lengkuas diketuk separuh lumat. Panaskan minyak dalam periuk (lagi mudah kalau guna pressure cooker) tumis bawang hingga naik bau. 
 
       Kemudian masukkan bahan2 rempah yang telah direndam tadi. Gaul sekata. Masuk pula halia & lengkuas. Biar selama 2minit. Masukkan tulang2 kambing, kacau biar bergaul dgn rempah,kecilkan api biar selama 10minit. Masuk air & air rendaman rempah. Kacau sekata. Tutup periuk & dengan api perlahan reneh sehingga tulang empuk,biasanya dalam 1 1/2 jam. Bila dah empuk, masuk lada sulah, garam dan ajinomoto. Adjust mengikut selera anda. Padamkan api, masukkan bawang goreng, daun sup & daun bawang. Tutup periuk rapat selama 20 minit. Siap utk dihidang.

GULAI PEKAT DAGING KAMBING...

rsz_gulai_pekat_kamben1
Gulai pekat daging kambing che mat gabungkan rempah kari dan rempah kurma, serta beberapa bahan lain. Gulai ini memang pekat dan jika anda suka cair, boleh tambah air, tapi idok leer jadi nama gulai pekat yea dak. Che mat masukkan kentang dan tomato, kalau anda ada lobak merah pun bess juga dimasukkan sekali. Che mat masak gunakan periuk tekanan, dan ini hanya memakan masa kurang lebih 20 minit sahaja. Satu tips kalau anda masak guna periuk tekanan, kentang kena letak akhir setelah daging empuk. Dan untuk mengelakkan daging terlebih empuk sementara menunggu kentang lembut, anda boleh masak kentang dengan kuah gulai, daging diasingkan dahulu. Bila kentang lembut, baru anda masukkan daging. Masak sekejap, sesuaikan rasa dan settle dah...Boleh hidangkan. Kalau ada nasi minyak atau nasi beriani...perghh...meletop ai tell you!!!...ehemmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram daging kambing dipotong kiub*
1 camca besar tepung gandum*
1 biji limau nipis, perah jusnya*(*digaul rata dan perap 20 minit, cuci bersih dan toskan)
4 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
2 biji tomato, belah 4 setiap 1
1 keping asam gelugor saiz kecil
2 camca besar cili kisar
4 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 camca besar rempah kurma (baba's)
150 ml pati santan (che mat guna santan kotak)
1 camca besar penuh kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kari dan rempah kurma, kacau rata hingga menjadi pes. Tambah sedikit air jika perlu. Kemudian, ceduk 2 camca besar pes rempah tadi dan gaul dengan daging kambing yang telah dicuci dan ditoskan. Perap sekejap.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum dan bawang keperangan. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah pes rampah, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu..
  3. Masukkan daging kambing. Gaul rata dan masak hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, biar menggelegak, kemudian perlahankan api dan masak hingga daging 3/4 empuk. Masukkan kerisik, asam gelugor dan kentang(toskan). Kacu rata.
  4. Bila kentang empuk, tuang santan dan masukkan gula melaka. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api kecil hingga mendidih. Kacau selalu. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap

Spicy Fried Lamb (Kambing Goreng Berempah)

Daging kambing kalau masak camni memang takda bau langsung bahkan sangat harum dengan rempah yg di masak garing. Anak2 Along ratah2 jer lauk ni & lepas tu komplen mama masak sikit sangat.

BAHAN2:
1 kg Daging Kambing (Lamb Shoulders) - potong saiz 2" persegi
2 sb Tpg Gandum
1 sb Serbuk Kunyit
3 sb Cili Mesin
5 btg Serai*
10 ulas Bwg Merah*
3 ulas Bwg Putih*
4" Halia*
2 sb Biji Ketumbar*
1sb Jintan Manis*
1 sb Jintan Putih* (* blend) 
Garam & Gula
1 cwn Minyak

CARA2:
1. Gaul kambing dgn tpg sehingga rata & bilas.
(tujuan nya utk menghilangkan bau hamis kambing)
2. Gaul dgg kambing dgn garam, serbuk kunyit & cili mesin sehingga rata.
Gaulkan dgn bhn2 blend, garam & gula.
Perap selama sekurang2nya 1/2 jam.
3. Panaskan 1 cwn minyak di dlm periuk/kuali tak melekat.
Masak sehingga kering & rempah2 nya garing.
4. Angkat & biarkan di dalam tapis sebentar utk mengasingkan minyak yg berlebihan.




Resepi Kari Kambing Sedap

Kari Kambing Sedap
Bahan-Bahan:
  • 2 kg daging kambing bersama tulang (bahagian kaki lebih baik)
  • 4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu besar
  • 2 biji tomato, potong 4
  • 6 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 2 keping asam gelugor, atau air asam jawa
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 1 senduk minyak, untuk menumis
Bahan untuk dibancuh dengan air:
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kurma daging
  • 2 sudu besar kerisik
Bahan untuk dikisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
Bahan untuk rempah tumis:
  • 2 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 batang cengkih

Cara Penyediaan:

  1. Basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan air anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut. Kalau gunakan kaedah rebus biasa masa untuk daging lembut lebih kurang 2 setengah uingga 3 jam. Jika gunakan pressure cooker anggaran masa 30 minit hingga 45 minit.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar halus.
  4. Masukkan rempah yang telah dibancuh air dan tumis sehingga pecah minyak. Kacau dengan kerap supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis.
  5. Masukkan daging kambing yang telah direbus. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.
  6. Kemudian masukkan air rebusan daging, santan cair, kerisik, asam gelugor atau asam jawa dan kentang. Masak sehingga mendidih dan sedikit kering.
  7. Masukkan santan pekat, gula melaka dan garam secukup rasa.
  8. Sebelum angkat masukkan tomato dan tutup api.

KAMBING MASAK LADA HITAM



500 gm daging kambing - Lamb Shoulder
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
2 inc halia di tumbuk

Bahan kisar

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan hiris

1 labu bawang besar
2 batang lada merah
5 biji cili padi 

Potong daging kambing kecil dan nipis, bersihkan
Perapkan daging dengan lada hitam, kicap manis, sos tiram , madu dan halia selama 1/2 jam

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar
Masukkan daging yang telah di perap tadi man masak hingga daging empuk
Tambahkan sedikit air jika kuahnya terlalu kering
Masukkan bahan hiris dan perasakan dengan garam secukup rasa
Kacau rata
Sedia di nikmati
 

Thursday, 20 August 2015

Resepi Kambing Golek


*BAHAN 'A' ;

          -Seekor kambing (anggaran berat 15kg)
          -Rosmary segar;
          -Serbuk bawang putih;
          -minyak zaitun;
          -Jus lemon;
          -Serbuk lada hitam;
          -Garam;
          -Gula perang;

*BAHAN 'B' ;

          -10 biji bawang putih;
          -Daun Bay Leaf kering;

*Masukkan kesemua bahan 'A' ke dalam botol dan goncang sebati.

Cara-caranya ;

-Letakkan kambing yang telap siap dicuci diatas meja;
-Urutkan sendi-sendi kambing tadi agar otot-ototnya mengecil;
-Tebukkan beberapa lubang di setiap sendi kambing;
-Sumbatkan bawang putih bersama daun Bay Leaf;
-Lumurkan kesemua bahan 'A' tadi dan perap semalaman;
-Sedia dibakar..

Nabi Muhammad Menggembala Kambing

    
gembala kambing
 
Pekerjaan menggembala ternak merupakan pekerjaan yang umum dilakukan oleh para nabi dan rasul, seperti Musa, Daud, dan Isa alaihimussalam. Menurut catatan sejarah, di masa kecil Muhammad SAW pernah menggembala ternak penduduk Makkah.
 
Beliau mengatakan, “semua nabi pernah menggembala ternak.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana dengan Anda ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan dia itu pernah menggembala ternak. “Sahabat kemudian bertanya lagi, “Anda sendiri bagaimana Rasulullah?” beliau menjawab, “Aku dulu menggembala kambing penduduk Makkah dengan upah beberapa qirath.” (HR.Bukhari)
 
Ada dua hal menarik yang dapat kita ambil perlajaran dari kisah nabi Muhammad menggembala kambing saat beliau masih anak-anak:
Pertama: Allah mempersiapkan beliau menjadi pemimpin
 
Dari kegiatan menggembalakan kambing, nabi muhammad belajar tentang kesabaran dan keuletan. Kambing bukanlah jenis binatang yang mudah diatur,apalagi dipelihara dengan cara digembala tanpa tali pengekang yang membatasinya bergerak kesana-kemari,berjalan kemana saja dan memakan apa saja yang dia suka. Karakter yang demikian ini hanya bisa ditaklukan oleh orang yang sabar dan ulet. Kedua sifat inilah yang diperlukan pemimpin besar untuk memimpin rakyatnya yang majemuk.
 
Perilaku selalu mengarahkan kepada kebaikan adalah karakter lain yang nabi pelajari dari kegiatan menggembala, Dimana seorang penggembala selalu berusaha mencari dan mengarahkan ke tempat yang banyak rumputnya. Karkater ini diperlukan bagi pemimpin agar dia selalu berfikir untuk kebaikan rakyatnya dan selalu mencari cara untuk mensejahterakan mereka, pemimpin ini baru bisa istirahat setelah rakyatnya dapat kepastian mendapatkan makanan, aman, nyaman dan sejahtera.
 
Seorang penggembala selalu waspada terhadap gangguan yang membahyakan hewan ternaknya dan selalu mencari cara melindungi hewan ternaknya agar selamat. Begitulah seharusnya seorang pemimpin selalu berfikir member rasa aman bagi rakyatnya dan tidak hanya berfikir keselamatan dan kenyamanan dirinya pribadi.
 
Saat hewan telah mendapatkan tempat yang banyak makanannya,telah merasa aman dari gangguan maka hewan-hewan itu mulai tenang dan tidak akan kemana-mana, maka saat seperti ini si penggembala bisa istirahat,memikirkan alam yang ada disekitarnya,mengasah hati dan pikirannya dengan tadabur alam,sehingga dia semakin dengan dengan tuhannya dan semakin perhatian kepada hewan ternaknya. Begitulah seharusnya seorang pemimpin selalu mempunyai waktu untuk merenung dan dekat dengan rabnya di malamnya saat semua manusia tertidur lelap terbuai mimpi-mimpinya.
Pelajaran kedua: kemandirian ekonomi
 
Meskipun nabi Muhammad diasuh dan ditanggung kehidupannya oleh paman beliau Abu Thalib,hal itu tidak menjadikan beliau manja dan hanya meminta apa yang dia butuhan,tapi beliau justru belajar mandiri dengan menerima pekerjaan sebagai penggembala untuk kambing-kambing penduduk makkah meskipun dengan upah yang tidak seberapa banyak,tapi dia bekerja keras dan tidak hanya berpangku tangan.
 
Pendidikan kemandirian seperti yang dialami oleh nabi Muhammad ini mulai jarang kita temui di keluarga. Orang tua cenderung melayani apapun yang menjadi kebutuhan anak-anak mereka meskipun mereka telah mampu melakukannya sendiri dan orang tua tidak melibatkan anak-anak mereka dalam pekerjaan rumah seperti menyapu, ngepel, mencuci piring dan mencuci pakaian.
Mendelegasikan beberapa pekerjaan rumah kepada anak-anak dan melibatkan mereka dalam pekerjaan bersama orang tua akan mendewasakan mereka dan melatih kemandiriannya sehingga dikemudian hari akan menjadi anak-anak yang berkepribadian matang, tangguh dan pantang menyerah sehingga tidak menjadi beban keluarga dan masyarakat.
 
Dua kemampuan,kemampuan leadership dan kemampuan ekonomi adalah dua hal yang sangat penting dimiliki bagi seorang pemimpin,kemampuan leadership menjadikan seorang pemimpin mengelola beragam potensi rakyatnya menuju cita-cita besar bersama. Adapun kemampuan ekonomi, menjadikan pemimpin tidak mudah diintervensi orang-orang kaya dengan hartanya . wallahu a’lam bisshowab.