فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ" : Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (QS. Ar-Rahman [55] )

Pusat Ternakan : Lot 389, Dusun Durian, Kampung Belau Merbok, 08400 Merbok, Kedah.




Tuesday 29 September 2015

Kisah Serigala dengan Gembala Kambing


 
 







عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ جَاءَ ذِئْبٌ إِلَى رَاعِى غَنَمٍ فَأَخَذَ مِنْهَا شَاةً فَطَلَبَهُ الرَّاعِى حَتَّى انْتَزَعَهَا مِنْهُ - قَالَ - فَصَعِدَ الذِّئْبُ عَلَى تَلٍّ فَأَقْعَى وَاسْتَذْفَرَ فَقَالَ عَمَدْتَ إِلَى رِزْقٍ رَزَقَنِيهِ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ انْتَزَعْتَهُ مِنِّى فَقَالَ الرَّجُلُ تَاللَّهِ إِنْ رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ ذِئْباً يَتَكَلَّمُ. قَالَ الذِّئْبُ أَعْجَبُ مِنْ هَذَا رَجُلٌ فِى النَّخَلاَتِ بَيْنَ الْحَرَّتَيْنِ يُخْبِرُكُمْ بِمَا مَضَى وَبِمَا هَوُ كَائِنٌ بَعْدَكُمْ وَكَانَ الرَّجُلُ يَهُودِيًّا فَجَاءَ الرَّجُلُ إِلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَأَسْلَمَ وَخَبَّرَهُ فَصَدَّقَهُ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- ثُمَّ قَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّهَا أَمَارَةٌ مِنْ أَمَارَاتٍ بَيْنَ يَدَىِ السَّاعَةِ قَدْ أَوْشَكَ الرَّجُلُ أَنْ يَخْرُجَ فَلاَ يَرْجِعَ حَتَّى تُحَدِّثَهُ نَعْلاَهُ وَسَوْطُهُ مَا أَحْدَثَ أَهْلُهُ بَعْدَهُ ».




Dari Abu Hurairah RA, Ada seekor serigala datang kepada seorang gembala kambing. Kemudian serigala itu terus menerkam seekor kambing pengembala tersebut. Pengembala itu berusaha merebutnya dari serigala tersebut, hingga berhasil menyelamatkan kambing tersebut. Serigala itu segera ke bukit dan berkata ; Aku berhasil menerkam mangsaku yang diberikan oleh Allah. Patutkah engkau merampasnya dariku ?
Pengembala yang dalam kehairanan itu berkata ; "Demi Allah Aku tidak pernah melihat seekor serigala berbicara seperti yang kulihat pada hari ini". Serigala itu berkata : "Bahkan yang lebih hairan lagi adalah jika kamu tidak percaya pada seseorang yang berada di Madinah yang memberitahu kepada kamu tentang apa yang telah terjadi dan akan terjadi".
Pengembala itu adalah seorang Yahudi. Kemudian ia datang memberitahu kepada Rasulullah SAW kisah yang telah dialami dan terus memeluk Islam.
Nabi membenarkan apa yang diceritakan oleh si pengembala tersebut dan baginda berkata ; Itu adalah sebahagian drp tanda-tanda hari kiamat, kelak akan datang pula tanda-tanda yang lain, iaitu seseorang akan keluar dan apabila dia balik akan diberitahu oleh kasutnya atau cemetinya tentang apa yang telah terjadi kepada keluarganya sepenajang sepeninggalannya. (Musnad Ahmad bin Hanbal, Syarah Sunnah dan Jami` al-Kabiir Lis Syayuti)
Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah SAW.  Kisah ini menceritakan bagaimana seekor serigala yang telah berbicara dengan seorang manusia. Sungguh ajaib. Bagaimana seorang Yahudi pengembala kambing mendapat hidayah Islam kerana seekor serigala. Menurut Abu Nuaim dalam kitab Dalail Nubuwah, kisah di atas berlaku kepada Uhban bin Aus. Ajaibnya, kisah ini turut membenarkan tanda-tanda hari kiamat seperti yang telah disebut oleh Rasulullah SAW iaitu apabila binatang buas berbicara dengan manusia.....
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW telah menceritakan kisah seekor serigala dan seekor lembu yang berbicara dengan manusia. Kisah ini terjadi di zaman umat terdahulu, Bani Israil...
Kisahnya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim...
عن  أَبي سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ « بَيْنَمَا رَاعٍ فِى غَنَمِهِ عَدَا عَلَيْهِ الذِّئْبُ ، فَأَخَذَ مِنْهَا شَاةً ، فَطَلَبَهُ الرَّاعِى ، فَالْتَفَتَ إِلَيْهِ الذِّئْبُ فَقَالَ مَنْ لَهَا يَوْمَ السَّبُعِ ، يَوْمَ لَيْسَ لَهَا رَاعٍ غَيْرِى ، وَبَيْنَا رَجُلٌ يَسُوقُ بَقَرَةً قَدْ حَمَلَ عَلَيْهَا ، فَالْتَفَتَتْ إِلَيْهِ فَكَلَّمَتْهُ فَقَالَتْ إِنِّى لَمْ أُخْلَقْ لِهَذَا ، وَلَكِنِّى خُلِقْتُ لِلْحَرْثِ » . قَالَ النَّاسُ سُبْحَانَ اللَّهِ . قَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « فَإِنِّى أُومِنُ بِذَلِكَ وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رضى الله عنهما »


Dari Abu Salmah bin Abdul Rahman bahawa Abu Hurairah RA berkata bahawa dia mendengar Rasulullah SAW berkata : Ketika seorang pengembala sedang mengembala kambingnya, tiba-tiba datang seekor serigala lalu menerkam kambingnya. Pengembala itu mengejarnya untuk menyelamatkan kambingnya. Lalu serigala itu berkata kepada pengembala tadi.. Kamu menyelamatkannya dari aku, siapakah yang dapat menyelamatkannya pada hari datangnya binatang buas, pada hari itu tiada pengembala kecuali aku. Dan seorang lelaki yang menuntun seekor lembu, kemudian dia menaikinya dan memukulnya. Lalu lembu tersebut berkata ; Kami tidak dijadikan untuk ini, Kami dijadikan untuk membajak. Lalu orang ramaipun berkata ; Subhanallah. Nabi bersabda ; Sessungguhnya aku beriman kepadanya, begitu juga Abu Bakar dan Umar al-Khattab RA. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dalam lafaz yang berbeza.
Betapa peliknya kisah di atas, sehingga para sahabat mengucap Subhanallah ! Mereka menganggap kisah tersebut amat ajaib dan pelik... dua ekor binatang boleh berbicara dengan bahasa manusia !!! Belum pernah terjadi... apa yang dikhabarkan oleh al-Quran tentang kisah nabi Sulaiman dengan semut (ayat 18-19 surah al-Naml)... adalah berbeza.. nabi Sulaiman mendengar dan faham bahasa yang digunakan oleh semut... sedangkan semut berbicara sesama semut dengan bahasa binatang, bukannya dengan bahasa manusia.. begitu juga kisah nabi Sulaiman dengan burung hudhud (ayat 22-23 surah al-Naml) burung hudhud berbicara dengan nabi Sulaiman dengan bahasanya (bahasa binatang) dan nabi Sulaiman faham dan mengerti bahasa tersebut dan berbicara dengannya denagan bahasa binatang.
Begitulah kisah pelik dan ajaib yang berlaku, binatang boleh berbicara dengan manusia dan difahami, dengan menggunakan bahasa manusia... Apabila Allah SWT menghendakinya. tiada apa yang mustahil... Begitulah tanda-tanda kiamat yang telah terjadi....
Ingatlah ... kisah ini mengingatkan kita kepada janji Allah SWT di akhirat kelak ..
وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدْتُمْ عَلَيْنَا قَالُوا أَنْطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنْطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (21)



Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan). ayat 21 surah Fusshilat.
Kalau Allah SWT berkuasa menjadikan binatang berkata-kata dengan manusia, maka tidak mustahil Allah boleh menjadikan kulit,mata,pendengaran serta seluruh anggota badan kita boleh berbicara dengan bahasa manusia... sebagai saksi Allah di mahkamah di Padang Mahsyar !!!


No comments:

Post a Comment